Siapa pernah alami begini, sila angkat tangan.. hehe.. deeba pun sama la.. selalu kena begini.. al-maklum la tak berapa nak tinggi.. sampai kadang2 tu, dulu2 la masa single lagi bila keluar dengan adik lelaki, dorang semua mesti ingat yang deeba ni adik kepada adik lelaki deeba.. sebabnya adik deeba tuuu tinggi daripada deeba.. kadang tu sampai nak cakap dengan dia pun kena angkat kepala..
Sampai sakit kepala ni rasanya.. nak buat macam mana kan.. dah kurang tinggi tapi kurang tinggi pun still cute tau.. hehe.. angkat bakul betul kan deeba ni..
Jadinya kepada sesiapa yang kurang tinggi ni jangan lah rasa rendah diri kerana sememangnya walau anda pendek tetapi anda tetap cute.. percayalah..
Dan siapa kata orang tinggi takde masalah? dorang pun kalau nak bercakap dengan kita kena rendahkan kepala kebawahkan.. jadinya kita semua ni sama je tak kiralah pendek ke tinggi..
Yang penting banggalah menjadi diri sendiri..